Latar belakang Laluan_MRT_Sungai_Buloh-Kajang

Sistem paparan informasi penumpang masa nyata MRT SBKLaluan MRT SBK menuju Mutiara DamansaraStesen bertingkat di sepanjang laluan dipasang pintu tepi platform (PED) seperti stesen Semantan SBK14.Stesen Kwasa Damansara SBK05 adalah salah satu stesen pertukaran antara laluan MRT.Papan tanda tingkat dan platform stesen Kwasa Damansara. Menunjukkan Platform 3 & 4 khas untuk Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya.

Laluan MRT Sungai Buloh–Kajang merupakan yang pertama daripada tiga batang laluan MRT Lembah Klang yang dibina dengan nilai kontrak dianggarkan MYR36 bilion.[8]

Laluan bermula di Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, dan tamat di Kajang di tenggara Kuala Lumpur. Laluan ini merupakan koridor untuk sekitar 1.2 juta orang.[8]

Fasa 1 laluan MRT Sungai Buloh–Kajang dari Sungai Buloh ke Semantan mula beroperasi pada 16 Disember 2016[9] sementara Fasa 2 dari Semantan ke Kajang dimulakan pada 17 Julai 2017.[8]

Diumumkan pada 2006, pada mulanya dirancangkan sebagai LRT sepanjang 43 km untuk menghubungkan kawasan Damansara yang padat penduduk di barat laut dengan Cheras di tenggara melalui daerah perniagaan pusat Kuala Lumpur. Kemudian kerajaan memutuskan untuk melanjutkan jajaran di kedua-dua hujung ke Sungai Buloh dan Kajang, menambah 8 km menjadi jumlah 51 km. Selain itu, laluan ini ditukarkan kepada sistem MRT dengan tren berkapasiti tinggi.[10]

Laluan ini dikendalikan sebagai anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Rail, yang sudah pun mengendalikan Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya dan KL Monorail.[11]